Berita Sedih Yang Kami Terima Tadi..Khas Buat Peminat Awie .Baru Beberapa Jam Kahwin Isteri Dia Terpaksa Buat Pendedahan Yg Mengejutkan Bila Berkahwin Dengan Awie? Dah Kena Macam Bini Lama Ke???

VIDEO

KUALA LUMPUR: Isteri Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, mendakwa turut terkena tempias penyakit misteri yang membelenggu suami selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini. Wanita yang mesra disapa Lady itu memberitahu, dia pada mulanya enggan percaya ilmu hitam.
AWIE mendakwa Lady dan anak-anak turut berdepan gangguan mistik. - Foto Nurul Syazana Rose Razman Namun, Lady mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalni rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.
Enggan menuding jari, Lady mengambil keputusan menjalani rawatan perubatan moden selain mengamalkan bacaan ayat suci selain mengelak gangguan. "Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha.
Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib. "Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," katanya kepada BH Online selepas majlis pernikahannya dengan Awie, Jumaat lalu. Mengaku takut dengan masalah dihadapinya,
Lady percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya. AWIE dan isteri, Sharifah Ladyana selamat diijabkabul Jumaat lalu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman "Saya reda andai ini dugaan yang diberi. Kami sekeluarga akan terus berikhtiar untuk memastikan tiada lagi gangguan," katanya. Lady yang juga bekas kakitangan syarikat penerbangan, bernikah dengan penyanyi dan pelakon,
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, Jumaat lalu. Sebelum ini, Awie dalam beberapa sesi temu bual dengan media pernah mendedahkan kerap dilanda penyakit termasuk bengkak pada bahagian kaki setiap kali terbabit dalam acara besar. Terbaharu, Awie mendakwa Lady dan anak-anak turut berdepan gangguan mistik.
MENYENTUH HATI... Seorang Bapa Sanggup Redah Banjir 2 Jam Untuk Bawa Anak Ke Hospital.
ANDHRA PRADESH - INDIA. Foto yang memaparkan seorang bapa menjunjung anaknya berusia enam bulan yang sakit mengharungi banjir selama dua jam untuk mendapatkan rawatan menyentuh hati netizen.
Pangi Satiabu, seorang petani dari kampung Kudumusare Andhra Pradesh di mana banjir besar berlaku menyebabkan hampir semua laluan menghubungkan bandar dan hospital terdekat tersekat menyebabkan dia terpaksa meredah banjir paras leher untuk ke hospital.
Pangi memutuskan untuk membawa anak perempuannya deman teruk selama beberapa hari lalu walaupun dilarang oleh keluarganya kerana bahaya yang perlu dilalui ketika meredah banjir.
Bayi itu kelihatan nyenyak tidur di tangan bapanya itu sepanjang perjalanan.
Memetik CCTV News, bayi berkenaan dimasukkan di Pusat Kesihatan Primer di Chintapalli
Menurut doktor dari pusat kesihatan penjagaan kesihatan, bayi berkenaan masih berada di hospital namun telah melepasi tahap bahaya.
"Bayi berkenaan telah diberikan rawatan yang sewajarnya dan berdasarkan pemeriksaan, dia terkena jangkitan virus," kata doktor.
Hujan lebat melanda kawasan itu selama 20 hari menyebabkan berjuta-juta penduduka terjejas dan terperangkap.
Tindakan bapa berusia 30 tahun itu mendapat pujian netizen yang menunjukkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.
"Cinta ibu bapa tanpa syarat, tidak kira kaya atau miskin," tulis netizen.-SinarHarian
NGERI!! (5 Gambar) Dendam Anak Tiri Kerana Tak Tahan Melihat Ibu Kandungnya Diseksa Selama 10 Tahun!!
Sudah 10 Tahun dia menyeksa ibu kandung saya ”luahan lelaki berusia 22 tahun Anto Bin Jufri yang ditahan akibat membunuh ayah tirinya Ridwan 45 pada sabtu semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di Lingkar Tibojong, Bone Daerah Otonomi Sulawesi selatan indonesia mangsa ditemui dalam keadaan usur terburai dan leher disembelih ditengah jalan dipercayai dibunuh oleh anak tirinya sendiri kerana kerap kali menyiksa isteri yang merupakan ibu kandung Anto.
Setelah ditahan oleh pihak polis anto tidak menunjukkan sedikit pun rasa menyesal, bahkan dia masih sempat tersenyum ketika ditahan tanpa sebarang masalah.
“Selama 10 tahun dia menyiksa ibu saya (Hj Rosmini) dengan cara menyepak, dipukul bahkan diperlakukan dengan kejam, macam dia bela binatang, saya sudah tidak sanggup melihat ibu diperlakukan seperti itu” kata Anto yang bekerja sebagai penyembelih lembu.
Dalam kejadian Sabtu tengah hari itu, Anto mengaku membunuh ayah tirinya itu dengan cara mengoyak perut Ayah tirinya terebih dahulu sebelum menyembelih lehernya hingga hampir putus.
Akibat dari perbuatannya Anto dia di hukum penjara selama 15 tahun, sementara ibu kandungnya Hj.Rosmini 40 tahun hanya menangis dan tidak memberikan sembarang kenyataan atas kejadian tersebut.
Amaran:Paparan gambar dibawah adalah paparan gambar yang menganggu emosi,jika anda ragu dengan emosi anda mohon jangan lanjutkan.
sumber: wartawanjalanan
"Saya Terkejut.. Dia Menerpa Terus Pada Saya Dan Menangis."
Cikgu Sya..”Saya TERKEJUT Dia Terus MENERPA Saya Dan MENANGIS” . Tadi keluar beli makanan. Tengah menceduk nasi dalam polisterin, ada seorang ibu India menerpa terus pada saya. Disalamnya erat dan diucapkan terima kasih kepada saya berkali-kali.
Saya mengaru kepala sambil bertanya, “Kenapa ye puan? Ada apa?”.
Beliau mengucapkan terima kasih sebab sudi mengajar anaknya yang agak lemah dalam akademik. Terima kasih sebab buat anak dia lulus subjek Bahasa Malaysia dengan gred C. Dari awal anak dia tidak pernah lulus subjek itu. Berair mata dia.
Saya nampak keikhlasan dalam matanya sebagai seorang ibu. Saya mendoakan anak puan berjaya dalam hidupnya.
Saya bergegas ke kaunter, kata petugas kaunter, makanan dan minuman saya sudah dibayar oleh wanita tadi.
Alhamdulillah, makan yang dibayar, saya anggap rezeki. Tetapi keikhlasan ibu tadi yang melekat di tangkai hati. – CIkgu Sya via THEHYPEMEDIA.
Jom Lihat Wajah Terakhir Pelakon Aidil Aziz Sebelum Dijatuhkan Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah! Jangan Menangis Ya Tengok Gambar-Gambar Ni...
sumber: http://beritaawaniterkini.blogspot.my/
Maut !!! Terjun Dari Mid Valley ! Mangsa Juga Sempat Tinggalkan Mesej Yang....
Penganggur ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat empat pusat beli-belah di Mid Valley, di sini, jam 11.29 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mangsa lelaki berusia 22 tahun terbabit ditemui dalam keadaan terbaring di laluan pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.
Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa pergi ke pusat beli-belah terbabit bersama abangnya dengan meenaiki sebuah kereta yang ditnggalkan di tempat letak kenderaan di tingkat empat.
"Selepas turun dari kenderaan, mangsa memaklumkan dia mahu membeli barang, manakala abangnya mahu membayar bil telefon.
"Ketika sedang menunggu dalam kenderaan abang mangsa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari adiknya memaklumkan dia mahu membunuh diri dan mengucapkan selamat tinggal.
"Mangsa disahkan maut dilokasi dan mayat di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.- Harian Metro
Sayu.. Pelajar Tahun 2 , Tunggu Ayah Ambil Tapi Sudah Pukul 1 Pagi Masih Tak Kunjung Tiba...
Pertamanya saya mohon maaf.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana mana pihak.Namun kisah ini perlu dijadikan iktibar.Kita boleh tutup mata..tetapi hati kita tidak tega untuk melihat sahaja.Ini kisah masyarakat kita.Natijah daripada nilai masyarakat kita juga.
Pernah viral tahun lepas.Terima kasih siakap keli dan beritasemasa.Aku
tak popular pun kalau menjaja cerita.Aku lebih suka dikenali jika menempa kejayaan hebat.Bukan dengan cerita picisan.
Pihak sekolah telah melakukan segala yang terdaya.Dengan izin guru besar kami terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa.Tahun lepas 9 kali..tahun ini shj sudah 3 kali.Semalam kemuncak cerita.Jam 1 pagi bapa Hajar belum muncul tiba.Bayangkan anak kecil ini.5-6 kali tidur bangun tapi ayah masih tak sampai.Kasihan Hajar.Prestasi di sekolah sangat teruk.Jiwanya keras memberontak.Dia tak hairan pada sesiapa pun.Dia dah biasa.Tapi dia baru 8 tahun.belum kenal dunia ini.Bayangkan 10 thun lagi dimana Hajar akan berada.Apa Hajar akan jadi.
Mujur Pengawal keselamatan kami sangat prihatin.Bukan kerja dia mengasuh budak.Tahniah Rani.Hang adalah hero.Aku rasa gaji hang perlu dinaikkan 10 kali ganda.Telefon bapanya berkali kali tak diangkat.Sah…tengah tidur.Aku paling dekat.Common sense.Aku,Ust mi..ust faizal dan cg jasni.Kami tunggu.Kesabaran ada had beb.Kami telefon Polis..telefon Talian Nur.Tengah malam.siapa yang nak datang .
Dah sampai tengah malam.Takkan nak tunggu sampai pagi..kerja beb.Mujur 3 abam Polis yang kacak datang ronda.Muda lagi.aku lupa ambil nama.mereka sudi escort hantar balik.
Bukan boleh suka suka bawa balik rumah.Buat anak angkat.ini budak..sekali bapa dia lipat cerita…masuk dalam dulu kami.Kalau aku bawa naik kereta..tetiba bapak dia datang anak tak ada..sappp dia tuduh aku bawak lari…mendapat aku.
So pukul 1 pagi kami hantar.di escort oleh abam polis yang prihatin.hantar sampai depan rumah.Cerita disitu aku malas nak story..so Hajar pulang dengan selamat…Sampai bila?entah..sebulan dua mungkin back to normal..
Aku balik…terus tatap Aeesya yang sebaya Hajar tengah tidur nyenyak.Siap berselimut.Aku buka gambar Hajar tengah duduk atas kerusi depan pondok jaga memandang kegelapan malam.Kolam mata aku bocor beb.Berhambur tak mampu nak tahan..walaupun aku bermisai berjanggut dan bermuka bengis…hati aku macam tisu yang dikoyak koyak.
Maafkan aku sebab terpaksa cerita…aku kena cerita..ini kisah di celah celah kehidupan kota. jangan kecam Hajar dengan bapak dia.Kita tak tahu apa yang depa alami dan harungi.Aku cuma mampu berdoa moga Hajar jadi anak yang baik.
Sori beb..kolam bocor lagi.
sumber : http://www.semasaviral.com/